Friday, December 13, 2013

Injil Bertinta Emas Berusia Lebih 1500Tahun Dijumpai

Injil Bertinta Emas Berusia Lebih 1500Tahun Dijumpai Merisaukan Vatican Injil ini meramalkan kedatangan Muhammad. Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam. Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun. Injil berkenaan telah dijumpai sejak 12 tahun yang lalu (2000) di Turki dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam atas permintaan kuat dari pihak gereja kerana dibimbangi ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad (Muhammad saw). Namun begitu pada tahun 2010, Injil berkenaan telah diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudiannya diberikan kebenaran untuk dipamerkan setelah melalui beberapa usaha pemulihan. Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah seorang Rasul (pesuruh Allah swt) dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Anglican dan Orthodox. Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa as tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia. Bahkan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau Saul of Tarsus. Ramai cendikiawan dan ahli teologi Kristian yang telah menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-5 atau ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat ini. Harga salinan Injil ini dianggarkan bernilai sehingga 40 juta Lira Turki ( USD 22 juta). Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa dipertikaikan jumpaan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti ‘BENAR’ ialah firman Allah swt yang bermaksud, “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”- (Surah al Baqarah ayat 146) Wallahu’alam…. Sumber http://myibrah.com/jumpaan-yang-merisaukan-vatican

Sunday, January 3, 2010

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya.”jawab wanita cantik. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya… telah berzina. “Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun… lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… tewas,” ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya.

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

” Ada !” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa kian penasaran.” Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina” . Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dirujuk daripada buku 30 kisah teladan – KH Abdurrahman Arroisy

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.

Wallahualam…

Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui.

Wassalamu’alaikum wbt..
(dipetik dari isuhangat.net 29 dec 09

Friday, August 21, 2009

ramadhan datang lagi

Bersyukurlah kita semua pada Allah kerana telah memanjangkan umur kita bagi terus menikmati kelebihan bulan ramadhan bulan yang berkat. semoga ramadhan tahun ini akan menjadi lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya. " Ramadhan,bulan yang dinanti kedatangannya dan ditangisi permergiannya". Siapakah yang selalu menanti kedatangannya dan siapakah yang akan menangisi pemergiannya?
Tanyalah diri kita pernahkah kita menanti kedatangannya dan pernahkah kita menangisi permergiannya . fikir-fikirkanlah....

Tuesday, May 5, 2009

1) masuk islam, perlukah diistiharkan?

assalamualaikum,sehari dua ini aku merasa terpanggil untuk memberi pendapat mengenai isu saudara baru sebagaimana yang tersebar ceritanya di negara kita ini. namun aku akan cuba mengelak dari mengulas isu tetapi aku akan menceritakan sedikit pengalaman mengenainya.
tentang ibubapa memeluk islam anak kekal dengan agama asalnya sebagaimana yang diputuskan oleh kabinet baru-baru ini aku serahkan kepada para mufti cuma pesanku " ilmu itu bukan sahaja untuk dituntut tetapi perlu diamalkan".
perlukah istiharkan apabila memeluk islam? ada pendapat kata perlu ada kata tidak. bagi ku hal ini bergantung kepada keadaan si empunya diri sebagaimana berlaku semasa hijrah rRasulullah s.a.w ada yang berhijrah secara sembunyi-sembunyi dan ada yang berhijrah secara terang-terangan seperti syadina Umar Al-khatab.
aku ada kawan sekerja yang berkahwin dengan wanita cina di mana apabila keluarga istrinya mendapat tahu anaknya memeluk islam diupahnya 5 orang samseng( kesemuanya melayu) untuk mencederakan kawanku. rumahnya dikepung. Allah mahakuasa kerana masa itu kawanku dan isterinya tiada di rumah. selepas itu kawanku berpindah ke negeri pahang hampir 17 tahun peristiwa ini berlaku dalam tempoh itu hanya sekali aku bersua dengan kawanku itu.
aku juga punya kawan yang menceritakan pertemuannya secara tidak sengaja dengan seorang bekas paderi keturunan orang asli yang memeluk islam. pertemuan berlaku di masjid pengkalan kubur, tumpat kelantan selepas solat zohor. kata bekas paderi itu beliau diburu setiap masa oleh puak gereja.
aku juga terbaca dalam majalah tempatan tentang luahan beberapa orang saudara baru yang ibunya mengancam utuk membunuh diri jika dia memeluk islam. adakah orang seperti ini masih perlu mengistiharkan pengislamamnya itu sedangkan mereka juga berharap ibu bapa mereka turut menerima islam satu hari nanti?
fikir-fikirkanlah.....

Saturday, April 25, 2009

dengkinya aku dengan orang ni

Tuan Hj. Yunus bin Abd Rahman bukanlah satu nama besar di negeri kelantan apa lagi Malaysia. Namun apa yang aku coretkan di sini ialah kemulian hatinya dan anak-anaknya demi agama Allah. Tuan Haji Yunus sudah lama dijemput Allah tetapi kemuliaan hatinya mewakafkan tanahnya bagi membina madrasah dan masjid cukup menyentuh hati ini. Semuga Allah memurahkan rezeki kita semua agar kita dapat berbakti seperti arwah.


madrasah haji yunus dibina 50 tahun lalu di atas tanah arwah kini uzur menunggu rebahdi sini aku dan sebahagian dari orang kampung menadah telinga mengutip sedikit ilmu buat menuju alam kekal abadi. semuga usaha ini diredhaiNYA.

masjid kampung kubang panjang, lemal, pasir mas di bina lebih kurang 20 tahun lalu di atas tanah arwahNamun arwah tidak sempat berjamaah walau satu rakaatpun di masjid ini kerana arwah meninggal dunia di Mekah sewaktu masjid ini dalam pembinaan. Semuga Allah mencucuri rahmatNYA ke atas arwah.

madrasah baru dalam pembinaan bagi menggantikan madrasah lama yang uzur juga dibina dalam tanah arwah hasil kesepakatan anak-anak arwah demi untuk memberikan kemudahan kepada jemaah.Madrasah ini juga akan dinaik taaraf menjadi masjid (iktikaf )"kalau dirombak sedikit-sedikit mungkin jemaah tidak selesa kerana habuk dan kotoran serta bunyi bising, kata anak arwah, tn hj zakaria b hj yunus".

Bagi tuan/puan yang kurniakan rezeki yang lebih mungkin hal ini tidak menghairankan tetapi bagi saya yang tidak seberapa ini, ianya cukup mengagumkan kerana apa yang bernilai disisi diri ini tidak ada erti bagi mereka. tidak ada erti sayang harta pada mereka.

Alangkah bahagianya jika aku juga punya harta seperti itu.dengkinya aku dengan orang ni.Anggaran kasar bagi menyiapkan madrasah/masjid ini ialah RM150,000. Kalau aku ada wang ingin aku sorang saja mengeluarkan belanja bagi menyiapkan madrasah/masjid ini. tapi......

Kalau tuan/puan ingin turut menyumbang silakan kerana derma masih diperlukan
MADRASAH HJ YUNUS :
NO AKAUN 03-027-02-030650-0
BANK ISLAM CAWANGAN PASIR MAS

Sunday, April 12, 2009

peringatan buat diri dan teman

aku kini sakit akibat pembedahan tulang belakang. banyak urusan tergendala sama ada urusan dunia atau akhirat. aku reda ini ujianNYA. cuma waktu ini terbayang akan masa lampauku di waktu sihat dan segar bugar. jemaah 5 waktu tidak cukup, sembahyang malam malas sedangkan ini semua dituntut. Ya ALLAH kembalikan kesihatan ku, insyallah aku ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya. buat pembaca sekelian ketahuilah 2 perkara yang memperdaya manusia,
1. masa sihat ke mana digunakan
2. masa lapang ke mana dihabiskan............. fikir-fikirkanlah