Wednesday, October 22, 2014

Mengapa Lelaki Dilarang Memakai Emas

by QUE ACHMAD posted in QUE BICARA SOAL ILMIAH [MESTI BACA] Sebab Mengapa Lelaki Dilarang Memakai Emas | INFO YANG MENARIK | Dalam Islam, kaum lelaki diharamkan memakai apa sahaja barangan yang berunsurkan emas termasuk gigi emas. emas2 Larangan ini jelas dalam sebuah hadis sahih dari Abu Musa r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya”. (Hadis riwayat At-Tirmidzi. A-Nasai dan Ahmad) baca lagi klik TAJUK ENTRI ni Daripada hadis ini, emas dalam bentuk apa pun, sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam pelbagai warna yang mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram. Sementara itu, benda yang dicat dengan warna emas tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia bukannya emas – hanya rupa dan warna saja kelihatan sama. Yang haram adalah emas dan bukan kemiripannya. Hikmah disebalik larangan itu, umat Islam sebenarnya diajar supaya senantiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan Rasul. Disamping mengajar kita supaya hidup secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam berhias. Wanita memakai emas Perhiasan emas hanya diberikan kelonggaran kepada wanita untuk memakainya sebagai alat mencantikkan diri dan menarik perhatian suami. Manakala lelaki pula tidak ada keperluan untuk menambah hiasan pada diri mereka kerana perhiasan sebegitu tidak sesuai dengan sifat dan kejantanan seorang lelaki. Kebelakangan ini, perintah Allah yang diturunkan melalui Rasul sejak 1,400 tahun dahulu mula tersingkap hikmah dan kebenarannya terutama dari sudut perubatan. Ahli sains menyimpulkan bahawa partikel emas mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah manusia yang mampu memberi kesan buruk kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan kepada pemakai. Dari sudut sains menjelaskan bahawa kondisi dan tekstur kulit lelaki sangat berbeza dengan seorang wanita. Melalui satu perkongsian sumber yang dimuatnaik di sebuah blog, perhiasan emas yang kita pakai juga bukanlah seratus peratus emas tulen. Emas tulen adalah 24 karat tetapi kebanyakan barang kemas adalah dalam bentuk 18 dan 22 karat. Ini bermakna, jika emas itu 18 karat atau 22 karat, 75 peratus kandungannya ialah emas tulen, manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi dibentuk daripada perak, tembaga, zink atau paladium. Tujuan utama menambahkan logam lain adalah untuk menguatkan produk tersebut dan emas campuran yang tahan lasak ini dipanggil aloi emas. Kesan penggunaan emas terhadap kulit sebenarnya sudah dikaji oleh seorang pakar perunding dari International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan bernama william S. Rapson. Daripada penyelidikannya mendapati bahawa kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida. Apabila kita berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia. Partikel-partikel aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang-liang roma kulit. Kajian dermatologi turut menunjukkan penyerapan partikel emas boleh dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan. Tambahan pula, lelaki lebih cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal serta kasar berbanding wanita. Sebab itulah kenapa sains mendapati lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding wanita. Apa pula yang akan berlaku selepas penyerapan logam ke dalam kulit? Apabila partikel emas sudah masuk ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan clumping protein atau protein terkumpul. Keadaan itu menjadikannya tidak berfungsi lalu memberikan impak kepada sistem kardiovaskular lelaki. Malah, penemuan baru oleh pasukan penyelidik di University of California, San Francisco (UCSF), begitu mengejutkan apabila mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan. Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di USCF, Profesor Cynthia Kenyon, berkata kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan saluran darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik. Apa yang mengejutkan, rupanya kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan di dalam otak pesakit-pesakit yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS). penyakit Penyakit Neurodegenerative. Bagaimana pula dengan wanita? Adakah pemakaian emas juga berbahaya kepada golongan ini? Wanita tidak menderita masalah tersebut kerana mereka memiliki keistimewaan yang tidak ada pada lelaki iaitu hormon estrogen. Dari segi kesihatan, hormon ini membantu hal-hal mobiliti dalam peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutamanya semasa haid, saluran darah akan mengembang dan membesar untuk keselesaan perjalanan serta pengeluaran darah. Walaupun lelaki juga memiliki hormon estrogen, tapi ia sangat sedikit malah fungsinya juga tidak diketahui. Malah, estrogen lelaki cuma berkeadaan statik dan saluran darah mereka tidak mengalami pengembangan seperti wanita. Jadi, jika sekiranya ada partikel emas memasuki badan lelaki, partikel berbahaya itu akan menyumbat saluran darah dan sebab itulah kenapa lelaki cenderung mengalami masalah kesihatan seperti kardiovaskular. Dan inilah sebabnya kenapa Islam melarang lelaki daripada memakai emas. sumber: inibl0gberita.blogspot.com

Monday, October 13, 2014

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG [klik untuk besarkan] Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah Terjemahan: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. dipetik dari blog Aiyang di sayang.

penawar gout, mudah dan murah

Bagi penderita gout, masih ramai lagi yang tak sedar akan penawar yang pantas dan berkesan untuk merawat kesakitan boleh diperolehi dengan harga yang murah dan lebih mengejutkan, ia boleh dibeli di kedai-kedai runcit, bukan saja dari farmasi atau klinik. Pesakit gout menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Segalanya bergerak perlahan. Sebahagian aktiviti yang dilakukan selama ini terpaksa dikurangkan atau dihentikan terus. Lebih-lebih lagi mereka yang menerima serangan gout di bahagian kaki. Ia menyebabkan segala aktiviti seharian mereka terbatas. Ada yang tidak boleh berjalan atau terpaksa menggunakan tongkat. Ada pula yang menggunakan kerusi roda. Jika pergi ke klinik atau hospital, sudah tentu doktor akan berikan ubat ibuprofen atau colchicine atau yang seangkatan dengannya untuk mengurangkan gejala kesakitan pada anggota tubuh yang diserang. Ibuprofen boleh mendatangkan kesan sampingan yang merbahaya seperti serangan jantung dan strok jika digunakan dalam jangka masa yang panjang. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan dalaman di dalam perut. Keadaan seperti ini semuanya boleh membawa maut. Colchicine berfungsi mengurangkan bengkak dan kesakitan akibat pengumpulan asid urik yang berlebihan. Perlu diketahui hanya jenama Colcrys sahaja yang mendapat kelulusan FDA untuk ubat colchicine ini. Jika anda menggunakan colchicine dalam tempoh yang lama, darah anda perlu diperiksa selalu. Ubat ini tidak sesuai untuk penderita penyakit buah pinggang dan hati. Maka untuk mengelak dari mendapat semua kesan sampingan di atas, TSM ingin memberikan panduan kepada penderita gout untuk mendapatkan pilihan yang lebih baik dan tiada kesan sampingan dalam merawat atau mengurangkan kesakitan gout. Berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan untuk merawat gout dari rumah dan ia boleh disediakan sendiri oleh penderita gout: 1. air alkali seperti jenama ECPI (TSM tidak menerima sebarang imbuhan dengan mempromosi jenama ini) 2. cuka epal 3. madu lebah 4. air bertapis Air Alkali Kesakitan gout disebabkan pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam darah dan akhirnya ia berkumpul dan membentuk kristal tajam yang menyebabakan penderita merasa sakit yang amat sangat pada bahagian sendi yang diserang. Oleh itu, tubuh pesakit memerlukan bahan yang bersifat alkali untuk membantu memberi keseimbangan asid-alkali dalam tubuh. Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) Cuka epal terhasil dari proses fermentasi (penapaian) buah epal. Cuka epal membantu meleraikan makanan di dalam tubuh dan mengelak bakteria merbahaya dari berkembang biak, membantu mempertahankan dari jangkitan dan membersihkan darah serta melancarkan peredaran darah. Ia juga memastikan kesihatan buah pinggang. Ia memecahkan kristal yang terbentuk dalam buah pinggang akibat pengumpulan asid berlebihan dan melarutkannya. Cuka epal ini tinggi kandungan pectin dan pelbagai mineral, vitamin serta beta-kerotina (yang melawan radikal bebas dan membantu pertumbuhan sel-sel baru), ketones potassium (membuang toksin dan mengawal tekanan darah), asid malic dan asid asetik (melawan jangkitan kulat dan melegakan dari kesakitan sendi). Asid malic juga meleraikan asid urik dan mebantu mengeluarkan ia dari tubuh. Asid amino pula bertindak sebagai antibiotik dan antiseptik yang mengurangkan tahap toksik dalam tubuh. Berikut ialah resepi untuk mengurangkan kesakitan gout pada kadar segera: a. 1/2 liter air alkali - diminum terus b. 1 sudu teh madu lebah c. 2 sudu makan cuka epal d. 1 gelas air masak bertapis Mula-mula sekali, minum air alkali sebanyak setengah liter. Selepas habis minum, mulakan dengan resepi merawat gout. Campurkan kesemua bahan b, c, dan d di atas (seeloknya gunakan air suam untuk melarutkan campuran). Minum setiap pagi, petang dan sebelum tidur, insyaallah anda tidak lagi akan diserang kesakitan dan jika diamalkan secara berterusan, anda akan dijauhkan dari penyakit gout dan arthritis. (perlu diketahui bahawa cuka epal mempunyai tahap keasidan yang tinggi dan menghakis gigi, maka sebaiknya gosok gigi sebelum tidur dan selepas meminum resepi di atas.) Kesannya mungkin berbeza mengikut individu tetapi bukti yang diperolehi oleh TSM, ia mula menunjukkan kesan positif selepas 20 minit meminumnya dan penderita gout yang mengamalkan cara ini memakan udang pada malamnya tetapi tiada serangan gout pada esok paginya.Inilah sebahagian keajaiban dari alam semulajadi yang masih belum ramai orang memperakuinya. Anda tidak perlukan ibuprofen atau colchicine dan bebas dari kesan sampingan.Buah pinggang anda juga selamat dari kerosakan. - Artikel oleh The Secret Medicines Sumber dari http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/02/gout-penawar-mudah-dan-murah.html

Wednesday, October 8, 2014

cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung.

Nizam Aziz King with Kahar Jalil SHARE Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut. Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama. Bahan diperlukan: 1 cawan jus lemon 1 cawan jus halia 1 cawan jus bawang putih 1 cawan cuka epal Cara Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih. Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. In sya Allah rawatan ini akan berhasil.. Sumber.... LikeLike · · Share

Fakta Sains: Haiwan Korban Tidak Sakit Semasa Disembelih

Fakta Sains: Haiwan Korban Tidak Sakit Semasa Disembelih Benarkah binatang yang dikorbankan itu merasakan sakit? Sebuah kajian menunjukkan binatang yang disembelih secara syariat Islam tidak merasakan sakit sama sekali. Kajian ini dilakukan oleh dua orang kakitangan ladang dari Hannover University, sebuah Universiti terkemuka di Jerman iaitu Prof Wilhelm Schulze dan rakannya Dr. Hazim. Mereka memimpin sebuah kumpulan kajian berstruktur untuk menjawab soalan: Manakah yang lebih baik dan paling tidak sakit? 1. Menyembelih secara syariat islam yang murni / menggunakan pisau tajam ? 2. Menyembelih dengan cara barat dengan kaedah pengsan/dipukul kepalanya? Mereka merancang sebuah kajian dengan menggunakan sekumpulan lembu yang cukup umur (dewasa). Pada permukaan otak kecil lembu-lembu itu dipasang elekroda (microchip) yang disebut Electro Encephalograph (EEG). EEG dipasang dipermukaan otak yang menyentuh titik (panel) rasa sakit bagi merakam dan mencatat darjah rasa sakit ketika disembelih. Dijantung lembu-lembu itu juga dipasang Electro cardiograph (ECG) untuk merakam aktiviti jantung saat darah keluar kerana disembelih. Untuk mendapatkan data lebih tepat lembu tersebut dibiarkan menyesuaikan diri dengan EEG dan ECG yang telah dipasang di tubuhnya selama beberapa minggu. Setelah masa yang diadaptasi dianggap cukup, separuh lembu disembelih mengikut syariat islam dan selebihnya disembelih dengan menggunakan kaedah mesin yang digunakan oleh pihak barat. Dalam syariat islam penyembelihan dilakukan dengan pisau yang tajam dengan memotong 3 saluran pada leher iaitu: saluran makan, saluran pernafasan serta dua saluran pembuluh darah iaitu arteri karotid dan urat jugular. Syariat Islam tidak mengesyorkan kaedah mesin iaitu dengan cara memastikan lembu tersebut pengsan terlebih dahulu sebelum disembelih. Dari hasil kajian prof Schultz dan Dr Hazim di Hannover University Jerman dapat diperoleh kesimpulan bahawa: Penyembelihan menurut syariat islam/menggunakan pisau tajam menunjukan: Pertama: Pada 3 saat pertama selepas ternakan disembelih (dan ketiga saluran pada leher lembu bahagian depan terputus) tercatat tidak ada perubahan pada graf EEG, hal ini bermakna pada 3 saat pertama selepas disembelih tidak ada indikasi rasa sakit. Kedua: pada 3 saat berikutnya, EEG pada otak kecil merakam adanya penurunan grafik secara beransur-ansur yang sangat mirip dengan kejadian deep sleep (tidur nyenyak), sehingga lembu-lembu tidak dalam keadaan sedar. Pada masa tersebut tercatat pula ECG bahawa jantung mula meningkatkan aktivitinya. Ketiga: Setelah 6 saat pertama ECG pada jantung merakam adanya aktiviti luar biasa dari jantung untuk menarik sebanyak mungkin darah dari seluruh anggota badan dan mengepamnya keluar. Hal ini merupakan refleksi gerakan koordinasi antara jantung dan saraf tunjang (spinal cord). Ketika darah keluar melalui ketiga saluran yg terputus di bahagian leher, grafik EEG tidak naik tetapi turun kepada zero level (angka sifar). Hal ini diterjemah oleh kedua-dua pengkaji tersebut "No Feeling of pain at all!" (Tidak ada rasa sakit sama sekali) Keempat: Oleh kerana darah tertarik dan dipam oleh jantung keluar tubuh secara maksimum, maka dihasilkan "healthy meat" (daging yang sihat) Jenis daging dari hasil sembelih sangat menepati prinsip Good Manufacturing Practise (GMP) yang menghasilkan Healthy Food! Secara pengsan/ dibius / disetrum / dipukul kepalanya dengan Barat: Pertama: Setelah dilakukan proses Stunning (pengsan), lembu terhuyung jatuh & collaps (roboh), selepas itu lembu tidak bergerak lagi, sehingga mudah dikendalikan, Oleh kerana itu lembu dengan mudah disembelih tanpa meronta-ronta dan seolah-olah tanpa mengalami rasa sakit. Pada saat disembelih darah yang keluar hanya sedikit tidak sebanyak bila disembelih tanpa proses stunning. Kedua: selepas lembu pengsan, tercatat adanya kenaikan yang sangat ketara pada grafik EEG. Ini menunjukkan adanya tekanan rasa sakit oleh ternakan (kerana kepalanya dipukul sehingga jatuh pengsan) Alatan yang digunakan: Setrum, bius, mahupun dengan cara yang mereka anggap paling baik memukul bahagian tertentu di kepala ternakan dengan alat tertentu. Alat yang digunakan adalah Captive Bolt Pistol (CBV) Ketiga: Grafik EEG meningkat dengan gabungan grafik ECG yang jatuh kepada aras paling bawah dan akibatnya jantung kehilangan keupayaan untuk menarik darah dari seluruh organ tubuh serta tidak lagi mampu mengepam keluar dari tubuh. Keempat: Kerana darah tidak tertarik dan tidak dipam keluar tubuh secara maksimum, maka darah itupun membeku di dalam urat/saluran darah dalam daging sehingga menghasilkan "unhealthy meat" (daging yang tidak sihat) dan tidak sesuai untuk dijadikan makanan. Timbunan darah beku yang tidak keluar apabila ternakan mati/disembelih merupakan tempat atau medium yang sangat baik bagi bakteria pengurai bertumbuh yang boleh merosakkan kualiti daging. Meronta-ronta dan otot tegang ketika ternakan disembelih bukannya ekspresi rasa sakit. Sangat jauh berbeza dengan dugaan kita sebelumnya. Bahkan mungkin sudah lazim menjadi keyakinan kita bersama, bahawa setiap darah yang keluar dari anggota tubuh yang terluka pastilah disertai rasa sakit & sakit, terlebih lagi yang terluka adalah leher dengan luka terbuka. Hasil kajian Prof Schultz dan Dr Hazim membuktikan sebaliknya. Yakni pisau tajam yang menghiris leher (mengikut syariat Islam dalam penyembelihan ternakan) ternyata tidaklah "menyentuh" saraf rasa sakit. Oleh kerana itu, keduanya membuat kesimpulan bahawa lembu meronta-ronta bukanlah sebagai ekpresi rasa sakit melainkan sebagai ekpresi 'keterkejutan otot dan saraf' saja (iaitu pada saat darah mengalir keluar dengan deras), mengapa demikian? Hal ini tentulah tidak terlalu sukar untuk dijelaskan kerana EEG tidak dapat membuktikan dan juga tidak menunjukan adanya rasa sakit. Jelas bukan, bahawa secara ilmiah jelas menunjukkan penyembelihan secara syariat Islam lebih maslahat. Apalagi kita dianjurkan untuk menajamkan pisau untuk mengurangkan rasa sakit haiwan semasa proses sembelihan. Sabda Nabi "Sesungguhnya Allah menetapkan ihsan (kebaikan) pada segala sesuatu. Maka jika kalian membunuh hendaklah kalian berbuat ihsan dalam membunuh, dan apabila kalian menyembelih maka hendaklah berbuat ihsan dalam menyembelih. (Iaitu) hendaklah salah seorang dari kalian menajamkan pisaunya agar meringankan binatang yang disembelih. ". Allah Maha Besar *Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Saturday, October 4, 2014

TENTANG SEORANG AYAH; Wahai anak, bacalah sayang! Prakata; Mohon pembaca yang saya kasihi hadiahkan fadhilat Al-Fatihah buat roh ibuku, Syarifah Hanim Syed Ahmad dan ayahku, Mohd Yassin, semoga kededuanya ditempatkan dikalangan insan-insan yang soleh dan diredhai Allah swt. Ameen. Buat anak-anakku; Nurul Akmar, Ezat Emir, Arif Emir, Zaki Emir dan Nurzaidah, doa ayah semoga kalian sentiasa bernaung dalam dakapan kasih, rahmat dan redha Allah swt. Wahai anak-anakku, bacalah sayang! Kasih seorang ayah terhadap anak-anak Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita. Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.? Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!". Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau. Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej@universiti untuk belajar. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga. Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan, ayah pun tersenyum bahagia. Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis. Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakan lah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya". Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjaga kita. Sumber: Dicilok dari FB.

Thursday, October 2, 2014

KRISIS SELANGOR. oleh hishamuddin rais

KRISIS SELANGOR.... Kenapa Kalid diPECAT..? Agar kita tidak menyokong membabi buta.. Agar kita tidak membangkang membuta tuli.. Elok kita membaca.. Elok kita bertanya.. Kemudian kita nilai.. Wajar atau tidak.. KRISIS SELANGOR.. LALALALAAA.. Pemimpin BAIK datang dan pergi.. Golongan JAHAT kita tolak pi mati... Jika geng JAHAT makin dekat di hati... Baik semua mula berhati hati.. LALALALAAA.. Bacalahhhhh.... KRISIS SELANGOR DAN DAULAH TERPENDAM Ketika tulisan ini digarap Khalid Ibrahim sedang berbincang dengan Sultan Selangor. Hari Sabtu 9 Ogos 2014 yang lalu Parti Keadilan Rakyat telah menyingkirkan Khalid dari menjadi ahli PKR. Sebelum ini parti DAP telah juga hilang kepercayaan kepada Khalid Ibrahim. Manakala PAS akan membuat keputusan pada 17 Ogos ini. Justeru apabila Khalid bersemuka dengan Sultan pada pagi Senin 11 Ogos 2014 , si Khalid ini tidak mewakili sesiapa pun. Dia hanya mewakili dirinya sendiri. Saya yakin pasti ramai ahli PKR, ahli PAS dan ahli DAP tertanya-tanya apa telah berlaku pada kerajaan Pakatan di Selangor. Saya juga yakin bukan hanya warga Selangor yang ingin tahu apa yang sedang berlaku dalam kancah politik PKR dan Pakatan Rakyat, malah rakyat Malaysia juga mahukan pencerahan. Pada hemat saya naluri ingin tahu ini adalah satu permintaan yang adil. Lampu picit politik wajib diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pencerahan. Adalah juga adil kepada diri saya sendiri untuk menerangkan sajelas mungkin kepada pembaca tanpa berselindung dengan retorik. Surahnya bermula disini: Umum mengetahui sebelum Khalid Ibrahim masuk menjadi ahli PKR, sosok ini adalah pegawai tertinggi dalam Perbadanan Nasional (PNB) dan juga menjawat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Guthrie. Pangkat yang besar ini membolehkan Khalid diberi peluang untuk memiliki berjuta-juta saham syarikat Guthrie. Memiliki saham bukan satu kesalahan dari segi undang-undang negara mahu pun dari segi undang-undang Islam. Untuk membeli saham ini Khalid Ibrahim telah meminjam duit dari Bank Islam. Meminjam duit untuk beli saham - apabila harga saham naik maka saham ini akan dijual. Keuntungan dari penjualan saham membolehkan Khalid membayar hutang. Ini yang di rancang oleh Khalid IbrahimMeminjam duit, berhutang, atau menjual saham bukan satu kesalahan undang-undang dan tidak melanggar hukum Islam. Jika pinjam duit bank tak salah, jika jual saham TIDAK salah dari segi undang-udang – apa kesalahan Khalid Ibrahim? Apa yang terjadi ialah nasib si Khalid ini kurang baik. Bukan salah ibu mengandung – salahkan turun naik Bursa Saham Kuala Lumpur. Nilai saham milik Khalid merundum. Jika saham dijual – hasil dari jualan ini TIDAKdapat menampung untuk membayar hutang Bank Islam. Hutang Khalid bertapok tambah. Akhirnya kerana hutang tak langsai - Bank Islam telah mengambil alih saham Guthrie milik Khalid Ibrahim dengan nilai sebanyak $56.5 juta dolar Amerika atau $214.7 juta ringgit Malaysia. Tolak punya tolak. Kira punya kira Khalid Ibrahim masih lagi terhutang sebanyak $18.521.806.12 dolar Amerika atau $56.5 juta ringgit Malaysia. Sebagai hutang tak berbayar maka duit bunga pun naik. Ketika Khalid membuat perundingan gelap dengan wakil Daulah Terpendam jumlah hutang Khalid Ibrahim dengan Bank Islam telah melintasi $70 juta ringgit Malaysia. Sekali lagi dinyatakan – Khalid berhutang dengan Bank Islam bukan satu kesalahan. Betul. Tetapi yang menjadi satu kesalahan ialah apabila hutang Khalid Ibrahim sebanyak $70 juta ringgit ini telah digunakan oleh United Malays National Organisation sebagai sumber ugutan. United Malays National Organisation tahu bahawa pada PRU13 dahulu parti Ketuanan Melayu ini telah ditolak rakyat. Hanya dengan penipuan SPR yang membolehkan Parti Ketuanan Melayu ini dapat berkuasa kembali. Amat jelas 52% rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Hanya 47% pengundi memilih United Malaya National Organisation dan kuncu-kuncunya. Selangor negeri terkaya telah jatuh ke tangan Pakatan. Justeru Daulah Terpendam telah meneliti dan merancang stratiji untuk merampas kembali Selangor. Daulah Terpendam melihat sosok yang bernama Khalid Ibrahim adalah sosok yang bermasalah. Hutang Khalid Ibrahim adalah peluang terbaik untuk dijadikan bahan ugutan. Ini samalah saperti apa yang telah terjadi kepada Najib Razak. Sejarah merakamkan bagaimana Najib Razak telah bersetuju untuk mengagihkan tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura kepada Lee Kuan Yew.Berita agihan tanah KTM meledak luas kerana mengikut Akuan Bersumpah PI Balasubramaniam - pertemuan Najib dengan Altantuya bermula di Pulau Sentosa Singapura. Mustahil ajen Lee Kuan Yew tidak mengetahui 'rompi pompi' Najib di pulau ini. Justeru, kemungkinan 'ugutan' muncul maka Najib bersedia memberikan tanah KTM ini dengan harga yang amat murah sekali – lebih murah dari harga kepala ikan di pasar borong Chow Kit. Hakikatnya Najib kena 'pow' oleh Lee Kuan Yew. Hakikatanya Khalid Ibrahim juga kena 'pow' oleh Parti Ketuanan Melayu. Kalau Najib memberikan tanah KTM di Singapura kepada Lee Kuan Yew. Apa pula yang diberikan oleh Khalid Ibrahim kepada United Malays National Organisation? Peras ugut yang berlaku diantara Khalid Ibrahim dengan United Malays National Organisation amat jelas. Malah peras ugut ini berlaku secara terang dihadapan mata seluruh rakyat Malaysia. Peras ugut ini berjalan saperti ini : Pertama Khalid Ibrahim wajib terus duduk jangan bergerak dari jawatan MB Selangor walau pun PKR, DAP dan PAS telah TIDAK percaya kepada kepimpinan Khalid Ibrahim. Ini penting kerana jika Khalid tergelincir dari kerusi MB maka semua perancangan akan gagal. Kedua: Khalid Ibrahim wajib meluluskan Projek Langat dua yang selama ini tidak bergerak. Banyak kroni tertunggu-tunggu akan projek ini. Malah pelaburan dari Jepun ternanti-nanti. Entah-entah banyak rusuk kroni yang telah patah ditumbuk Jepun. Ketiga: Khalid Ibrahim wajib meluluskan Projek Kidex – lebuh raya bertol di Petaling Jaya. Ini penting kerana Tuan Empunya Projek Kidex ini telah berjasa kepada United Malays National Organisation. Projek bertol ini adalah 'ucapan terima kaseh' kerana berjaya menggunakan Hukum bin Hakam untuk mengembalikan Perak ke tangan Ketuanan Melayu. Keempat: Menjual 308.72 ekar Tanah Kerajaan Selangor adik Danny Tan – adik Vincent Tan – towkay judi tersohor. Jual beli ini dilakukan dengan cara gelap – atau lebih molek dipanggil ' negotiated deal' yang mana tak ada siapa pun tahu. Pemimpin Pakatan tidak tahu. Malah Exco Selangor sendiri pun tidak tahu. Betul ke semua ini? Semua yang saya tulis ini adalah benar bukan fitnah dan bukan tohmah. Jauh sekali retorik politik. Pekara dan fakta ini wajib saya nyatakan kepada pembaca. Saya akan memikul beban politik yang maha berat kerana sayalah secara resmi telah memulakan membuka tentang salah laku Khalid Ibrahim ini. Dalam SUARA KEADILAN 11 Febuari 2014 – saya telah menulis tentang kepimpinan Khalid – walau pun secara ''touch n go' tapi hakikatnya pada ketika itu semua maklumat telah ada dalam komputer saya. Justeru salah laku Khalid ini – jika TIDAK saya umumkan kepada orang ramai maka ianya akan menjadi beban yang terpaksa saya pikul dalam hidup saya. Melakar fakta-fakta ini adalah tugas jujur seorang warga yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat. Pekara-pekara yang diatas adalah berdasarkan Laporan Bertulis dari Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Laporan setebal 24 muka surat ini telah diminta secara resmi oleh Murshidul Am Parti PAS – Tuan Guru Nik Aziz. Tuan Guru telah meminta Setiausaha Agong PKR – Saifuddin Nasution – menerangkan sebab musabab kenapa Khalid Ibrahim ini perlu digugurkan dari jawatan Menteri Besar Selangor. Laporan ini telah siap tiga hari sesudah Hari Raya dan telah diberikan kepada semua pucuk pimpinan PAS dan DAP. Ini bertujuan untuk menerangkan dan memberi pencerahan kenapa PKR sebagai sebuah parti politik telah hilang kepercayaan terhadap Khalid Ibrahim. Kenapa Khalid Ibrahim wajib diundurkan dari jawatan Menteri Besar. Sayugia saya ingatkan bahawa kes hutang Khalid Ibrahim ini telah lama berligar. Ini sebelum dia masuk menjadi ahli PKR. Sebelum dia bertanding dipilihan raya kecil Ijok. Kes ini sering mendapat laporan dari media – terutama ruang media yang bersangkutan dengan perniagaan.Lalu timbul pertanyaan – kalau Khalid Ibrahim ada kes salah laku kenapa TIDAK buat laporan kepada SPRM. Ini sabenarnya satu pertanyaan yang amat jujur jika pertanyaan ini datang dari Mak Cik Felda. Tetapi apabila pertanyaan ini datang dari Senator, Pemimpim AMK atau dari Ketua Cabang PKR – maka jelas ada niat busuk dibelakang pertanyaan ini. Semua aktivis politik , ahli politik , aktivis Ngo dari apa saja bentuk sedar bahawa SPRM ini adalah jentera daulah. Deep State atau Daulah Terpendam menggunakan SPRM ini bukan untuk menyelesikan kes rasuah atau untuk membasmi rasuah. SPRM ini akan digunakan untuk membunuh musuh politik kumpulan elit yang berkuasa. Apakah tuan-tuan pembaca terlupa apa yang terjadi kepada Datuk Norza – Ketua Pemuda United Malaya National Organisation Wilayah Persekutuan. Datuk muda yang bersinar cahaya politiknya ini adalah kawan baik menantu Pak Lah. Tetiba pada bulan Januari 2009 Norza dituduh memberi rasuah. Norza yang juga ahli Majlis Tertinggi akhirnya gugur dari perlawanan merebut jawatan. Yang menarik bukan Norza TIDAK bertanding. Apa yang menarik ialah bagaimana SPRM telah digunakan oleh Daulah Terpendam. Kes Datuk Norza ini padam bagitu sahaja. Jika Khalid Ibrahim TIDAK mengikut skrip maka Khalid juga akan dijadikan Datuk Norza. Khalid akan diistiharkan bangkrap dan SPRM akan masuk. Pada ketika ini mustahil ini akan berlaku. Betul SPRM akan datang. SPRM akan datang untuk menobatkan Khalid - lebih puteh dari puteh - lebih bersih dari bersih. Kita lihat dan tunggu. Tukartiub.. Hishamudin Rais..