Saturday, April 25, 2009

dengkinya aku dengan orang ni

Tuan Hj. Yunus bin Abd Rahman bukanlah satu nama besar di negeri kelantan apa lagi Malaysia. Namun apa yang aku coretkan di sini ialah kemulian hatinya dan anak-anaknya demi agama Allah. Tuan Haji Yunus sudah lama dijemput Allah tetapi kemuliaan hatinya mewakafkan tanahnya bagi membina madrasah dan masjid cukup menyentuh hati ini. Semuga Allah memurahkan rezeki kita semua agar kita dapat berbakti seperti arwah.


madrasah haji yunus dibina 50 tahun lalu di atas tanah arwah kini uzur menunggu rebahdi sini aku dan sebahagian dari orang kampung menadah telinga mengutip sedikit ilmu buat menuju alam kekal abadi. semuga usaha ini diredhaiNYA.

masjid kampung kubang panjang, lemal, pasir mas di bina lebih kurang 20 tahun lalu di atas tanah arwahNamun arwah tidak sempat berjamaah walau satu rakaatpun di masjid ini kerana arwah meninggal dunia di Mekah sewaktu masjid ini dalam pembinaan. Semuga Allah mencucuri rahmatNYA ke atas arwah.

madrasah baru dalam pembinaan bagi menggantikan madrasah lama yang uzur juga dibina dalam tanah arwah hasil kesepakatan anak-anak arwah demi untuk memberikan kemudahan kepada jemaah.Madrasah ini juga akan dinaik taaraf menjadi masjid (iktikaf )"kalau dirombak sedikit-sedikit mungkin jemaah tidak selesa kerana habuk dan kotoran serta bunyi bising, kata anak arwah, tn hj zakaria b hj yunus".

Bagi tuan/puan yang kurniakan rezeki yang lebih mungkin hal ini tidak menghairankan tetapi bagi saya yang tidak seberapa ini, ianya cukup mengagumkan kerana apa yang bernilai disisi diri ini tidak ada erti bagi mereka. tidak ada erti sayang harta pada mereka.

Alangkah bahagianya jika aku juga punya harta seperti itu.dengkinya aku dengan orang ni.Anggaran kasar bagi menyiapkan madrasah/masjid ini ialah RM150,000. Kalau aku ada wang ingin aku sorang saja mengeluarkan belanja bagi menyiapkan madrasah/masjid ini. tapi......

Kalau tuan/puan ingin turut menyumbang silakan kerana derma masih diperlukan
MADRASAH HJ YUNUS :
NO AKAUN 03-027-02-030650-0
BANK ISLAM CAWANGAN PASIR MAS

Sunday, April 12, 2009

peringatan buat diri dan teman

aku kini sakit akibat pembedahan tulang belakang. banyak urusan tergendala sama ada urusan dunia atau akhirat. aku reda ini ujianNYA. cuma waktu ini terbayang akan masa lampauku di waktu sihat dan segar bugar. jemaah 5 waktu tidak cukup, sembahyang malam malas sedangkan ini semua dituntut. Ya ALLAH kembalikan kesihatan ku, insyallah aku ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya. buat pembaca sekelian ketahuilah 2 perkara yang memperdaya manusia,
1. masa sihat ke mana digunakan
2. masa lapang ke mana dihabiskan............. fikir-fikirkanlah