Monday, October 13, 2014
DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG
DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG
[klik untuk besarkan]
Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah
Terjemahan:
“Ya Allah,
sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu,
bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu,
bersatu memikul beban dakwah Mu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini,
tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar),
penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu.
(Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.
Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.
dipetik dari blog Aiyang di sayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment