Tuesday, May 5, 2009

1) masuk islam, perlukah diistiharkan?

assalamualaikum,sehari dua ini aku merasa terpanggil untuk memberi pendapat mengenai isu saudara baru sebagaimana yang tersebar ceritanya di negara kita ini. namun aku akan cuba mengelak dari mengulas isu tetapi aku akan menceritakan sedikit pengalaman mengenainya.
tentang ibubapa memeluk islam anak kekal dengan agama asalnya sebagaimana yang diputuskan oleh kabinet baru-baru ini aku serahkan kepada para mufti cuma pesanku " ilmu itu bukan sahaja untuk dituntut tetapi perlu diamalkan".
perlukah istiharkan apabila memeluk islam? ada pendapat kata perlu ada kata tidak. bagi ku hal ini bergantung kepada keadaan si empunya diri sebagaimana berlaku semasa hijrah rRasulullah s.a.w ada yang berhijrah secara sembunyi-sembunyi dan ada yang berhijrah secara terang-terangan seperti syadina Umar Al-khatab.
aku ada kawan sekerja yang berkahwin dengan wanita cina di mana apabila keluarga istrinya mendapat tahu anaknya memeluk islam diupahnya 5 orang samseng( kesemuanya melayu) untuk mencederakan kawanku. rumahnya dikepung. Allah mahakuasa kerana masa itu kawanku dan isterinya tiada di rumah. selepas itu kawanku berpindah ke negeri pahang hampir 17 tahun peristiwa ini berlaku dalam tempoh itu hanya sekali aku bersua dengan kawanku itu.
aku juga punya kawan yang menceritakan pertemuannya secara tidak sengaja dengan seorang bekas paderi keturunan orang asli yang memeluk islam. pertemuan berlaku di masjid pengkalan kubur, tumpat kelantan selepas solat zohor. kata bekas paderi itu beliau diburu setiap masa oleh puak gereja.
aku juga terbaca dalam majalah tempatan tentang luahan beberapa orang saudara baru yang ibunya mengancam utuk membunuh diri jika dia memeluk islam. adakah orang seperti ini masih perlu mengistiharkan pengislamamnya itu sedangkan mereka juga berharap ibu bapa mereka turut menerima islam satu hari nanti?
fikir-fikirkanlah.....