madrasah haji yunus dibina 50 tahun lalu di atas tanah arwah kini uzur menunggu rebahdi sini aku dan sebahagian dari orang kampung menadah telinga mengutip sedikit ilmu buat menuju alam kekal abadi. semuga usaha ini diredhaiNYA.
masjid kampung kubang panjang, lemal, pasir mas di bina lebih kurang 20 tahun lalu di atas tanah arwahNamun arwah tidak sempat berjamaah walau satu rakaatpun di masjid ini kerana arwah meninggal dunia di Mekah sewaktu masjid ini dalam pembinaan. Semuga Allah mencucuri rahmatNYA ke atas arwah.
madrasah baru dalam pembinaan bagi menggantikan madrasah lama yang uzur juga dibina dalam tanah arwah hasil kesepakatan anak-anak arwah demi untuk memberikan kemudahan kepada jemaah.Madrasah ini juga akan dinaik taaraf menjadi masjid (iktikaf )"kalau dirombak sedikit-sedikit mungkin jemaah tidak selesa kerana habuk dan kotoran serta bunyi bising, kata anak arwah, tn hj zakaria b hj yunus".
Bagi tuan/puan yang kurniakan rezeki yang lebih mungkin hal ini tidak menghairankan tetapi bagi saya yang tidak seberapa ini, ianya cukup mengagumkan kerana apa yang bernilai disisi diri ini tidak ada erti bagi mereka. tidak ada erti sayang harta pada mereka.
Alangkah bahagianya jika aku juga punya harta seperti itu.dengkinya aku dengan orang ni.Anggaran kasar bagi menyiapkan madrasah/masjid ini ialah RM150,000. Kalau aku ada wang ingin aku sorang saja mengeluarkan belanja bagi menyiapkan madrasah/masjid ini. tapi......
Kalau tuan/puan ingin turut menyumbang silakan kerana derma masih diperlukan
MADRASAH HJ YUNUS :
NO AKAUN 03-027-02-030650-0
BANK ISLAM CAWANGAN PASIR MAS